Friday 18 August 2017

Resepi Kuih Bahulu



RESEPI KUIH BAHULU DAN PENYEDIAAN

                    Masa Penyediaan: 30 Minit | Memasak: 5 Minit | Keseluruhan: 35 minit

Bahan-bahan:
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
1 Sudu teh serbuk penaik
Sedikit minyak.


1. Pukul telur dan gula sehingga pekat dan kembang.



2. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik (Diayak terlebih dahulu).Kacau sehingga adunan sebati.Ketepikan.


3. Sebelum bakar bahulu, isikan minyak ke dalam acuan dan panaskan acuan di dalam oven selama 10 minit.Tujuannya adalah supaya adunan tidak akan melekat pada acuan.Setelah acuan dah panas,keluarkan dari oven dan buangkan minyak.


4. Isikan adunan ke dalam acuan yang masih panas.Kemudian bakar pada suhu 200 darjah celsius sehingga kuih bahulu nampak kekuningan.Bakar kira-kira lima minit.




Disini saya sertakan sedikit petua :

  • Setiap kali ingin mengisikan dengan adunan baru,pastikan anda sapukan minyak pada acuan terlebih dahulu.
  • Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur.Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu.Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.Kalau tidak kuih bahulu boleh tahan selama 2 minggu biasannya.
  • Untuk meringankan kuih bahulu,bakar tepung dalam oven.Tapi jangan lama-lama.Sekejap sahaja.


SELAMAT MENCUBA 😋







Division
Focus
Date
Module(M)
Venue
Kampung Gadong Limbang
Kawasan Kampung
4-7 October 2017

M4

PI1M Kampung

Bandar Limbang
Bandar
4-7 October 2017
M5
PI1M Bandar
Limbang
Bandar dan Kawasan Kampung
24-27 Oktober 2017
M4
PI1M Kampung

Thursday 17 August 2017

Welcome to Kuih Bahulu Limbang blog


Pengenalan

Kuih Bahulu Enterprise ialah perniagaan yang menjalankan produk bahulu. Kuih Bahulu Enterprise juga begerak secara kecil-kecilan,katering dan tempahan secara persendirian.Kuih bahulu ini boleh didapati di sekitar Kpg Gadong 98700 Limbang Sarawak.Pelbagai bentuk dan perisa yang dibuat secara kecil-kecilan.Juga mengeluarkan bahulu tradisional dan pelbagai perisa bahulu iaitu bahulu Coklet,nenas,strawberry dan blueberry.

Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang melayu yang biasanya sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian.Walaupun demikian,ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan.Cara membuat bahulu agak mudah dan memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur,tepung gandum,gula pasir,sedikit minyak masak/minyak sapi dan bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.

*Gambar yang Diperolehi adalah dari sumber Google*😉



😍Nak cuba?😍

Untuk Tempahan 
Email : BahuluLimbang97@gmail.com
Whatsapp : 011-4056205