Friday 18 August 2017

Resepi Kuih Bahulu



RESEPI KUIH BAHULU DAN PENYEDIAAN

                    Masa Penyediaan: 30 Minit | Memasak: 5 Minit | Keseluruhan: 35 minit

Bahan-bahan:
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
1 Sudu teh serbuk penaik
Sedikit minyak.


1. Pukul telur dan gula sehingga pekat dan kembang.



2. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik (Diayak terlebih dahulu).Kacau sehingga adunan sebati.Ketepikan.


3. Sebelum bakar bahulu, isikan minyak ke dalam acuan dan panaskan acuan di dalam oven selama 10 minit.Tujuannya adalah supaya adunan tidak akan melekat pada acuan.Setelah acuan dah panas,keluarkan dari oven dan buangkan minyak.


4. Isikan adunan ke dalam acuan yang masih panas.Kemudian bakar pada suhu 200 darjah celsius sehingga kuih bahulu nampak kekuningan.Bakar kira-kira lima minit.




Disini saya sertakan sedikit petua :

  • Setiap kali ingin mengisikan dengan adunan baru,pastikan anda sapukan minyak pada acuan terlebih dahulu.
  • Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur.Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu.Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.Kalau tidak kuih bahulu boleh tahan selama 2 minggu biasannya.
  • Untuk meringankan kuih bahulu,bakar tepung dalam oven.Tapi jangan lama-lama.Sekejap sahaja.


SELAMAT MENCUBA 😋







No comments:

Post a Comment